Penyakit kencing manis atau diabetes menjadi penyebab peningkatan glukosa dalam darah. Badan kita memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik. Glukosa yang terhasil dari pencernaan kanji atau gula akan diserap oleh usus dan akan diedarkan oleh sistem darah keseluruh organ badan kita. Proses ini dibantu oleh hormon Insulin dimana hormon ini membantu dalam penyerapan ke sel-sel badan.
Proses ini akan terganggu apabila organ tertentu tidak dapat bertindak balas kepada hormon insulin dan ia juga dikenali sebagai kekebalan insulin. Punca kekebalan ini masih belum diketahui namun faktor-faktor seperti kurang senaman, kegemukan dan keturunan dikenal pasti menjadi puncanya.
Cara yang paling berkesan untuk menentukan penyakit kencing manis adalah dengan membuat ujian air kencing dan juga ujian darah. Ujian ini dikenali sebagai fasting plasma blood glucose (FPG) dan dikatakan mengidap penyakit ini apabila bacaan FPG mencapai 7.0 mmol/l dan keatas.
Pra-diabetes pula apabila bacaan FPGnya berada dalam lingkungan 5.6-6.9 mmol/l dimana tahap glukosanya adalah pada tahap membimbangkan dan risiko untuk mendapat penyakit ini adalah tinggi.
Jenis 1: Pangkreas telah hilang upaya untuk merembes hormon insulin.
Jenis 2: Terjadi akibat kekebalan insulin serta kegagalan pankreas untuk meningkatkan pengeluaran hormon insulin untuk mengatasi kekebalan ini. 90% pesakit diabetes di Malaysia adalah berada dalam golongan ini.
Anda berisiko untuk meghidap penyakit kencing manis sekiranya
1. Mempunyai berat badan yang tinggi atau kegemukan
2. Mempunyai ibu bapa atau adik beradik berpenyakit kencing manis
3. Kurang bersenam
4. Mempunyai sejarah kencing manis ketika hamil
5. Tabiat pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan gula.
Mengikut Natioal Health and Morbidity, 2006, dianggarkan terdapat seramai 11.55% dari populasi penduduk Malaysia adalah pesakit diabetes iaitu seramai 2.75 juta. Manakala jumlah pesakit pra-diabetes adalah dua kali ganda dari angka tersebut.
Sekiranya tidak dikawal, ia akan memudaratkan organ-organ penting dalam badan. Antaranya
1. Penyakit jantung dan strok
2. Boleh merosakkan buah pinggang
3. Merosakkan mata.
4. Kerosakan saraf terutamanya pada bahagian kaki
Salah satu khasiat goji ialah ia membantu menormalkan gula dalam darah dalam badan kita.
Goji telah digunakan di China sebagai rawatan untuk penyakit kencing manis bertahun lamanya dimana kandungan polisakarida dalam goji dapat membantu untuk menyeimbangkan gula dalam darah dan tindakbalas insulin.
Goji juga mengandungi beaine, dimana boleh mencegah penyakit bengkak hati dan kerosakan saluran darah yang biasa terjadi terhadap pesakit kencing manis.
Telah terdapat banyak testimoni dengan pengambilan Goji Guarana yang berterusan, ia dapat membantu mengubati pesakit kencing manis. Pihak kami akan berusaha untuk mencari testimoni pesakit kencing manis selepas pengambilan Goji Guarana ini.
Nota: Sumber gambar dari about.com
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut tentang rangkaian produk Goji, peluang perniagaan dan juga produk-produk lain keluaran Health Builders Sdn Bhd, sila hubungi rangkaian pengedar Geng Goji Kota Damansara atau terus ke talian/sms Mazuhan Ahmad 010-2255749 atau emelkan juhair at goji-guarana.com.
Salam sejahtera, saya menggunakan Goji Guarana lebih 1 tahun,tapi saya menjadi takut setelah saya terbaca didalam laman web “TANYA sifu.com” yang mengatakan bahawa Goji Guarana ini mengandungi Tandafil yang berlebihan dan barangan syarikat berkaitan telah dirampas, disini saya ingin kapastian samada Goji boleh digunakan lagi atau tidak.Sekian terima kasih.
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
34 Sebab Mengapa Mesti Goji oleh Dr Earl Mindell | Khasiat Goji katakan,
August 7, 2008 @ 11:38 pm[...] Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes [...]