Daerah Zhongning Negeri Ningxia di negara China, mengeluarkan Goji yang berkualiti terbaik ( juga dikenali sebagai Chinese wolfberri) di dunia. Daerah ini di kenali sebagai desa yang panjang usia di mana ramai penduduknya hidup lama dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. 90% daripada populasi penduduk Ningxia beragama Islam dan mengamalkan Goji sebagai makanan harian untuk kekal sihat. Mereka juga percaya buah Goji membantu mereka hidup lama dengan kehidupan yang aktif.
Legenda Kerajaan Ningxia
Lebih kurang 3000 tahun dahulu, ketika Raja Negara Ningxia pergi berburu di Bukit He Lan, Baginda ternampak seorang wanita sedang memukul seorang lelaki tua berjanggut. Baginda berasa hairan dan bertanya kepada wanita itu apa yang terjadi?
Wanita itu menjawab: "Saya sedang memukul cucu saya!". Baginda amat terkejut dan bertanya kepada wanita itu berapa umurnya dan kenapa dia kelihatan begitu muda. Wanita itu menjawab:
"Saya berumur 260 tahun. Ketika musim bunga, saya makan daun Goji dan minum teh Goji. Ketika musim panas, saya makan buah Goji dan pada musim luruh saya mengambil akar Goji dan membuat pes. Inilah rahsia saya".
Baginda amat kagum dan menasihati seluruh rakyat Baginda agar mengamalkan Goji. Semenjak hari itu, mengamalkan Goji untuk hidup panjang usia telah menjadi sebagai satu tradisi penduduk di kawasan itu.
Ningxia: Ibu Negara Goji?
Ningxia mempunyai tanah beralkali yang luar biasa (pH 8.2 - 8.6) dan suhu melampau yang berjulat dari 102 F - 16 F ( 38 darjah C hingga -27 darjah C ). Ini mungkin merupakan keadaan yang tidak sesuai untuk anda tetapi ia bagaikan syurga bagi pokok goji, bagi memastikan mutu yang terbaik.
Berry goji Ningxia merupakan suatu kenikmatan. Buahnya besar dan berisi dengan warna merah gelap, biji yang sedikit, rasa yang manis serta tekstur yang berair.
Masyarakat Ningxia begitu menggilai berry goji yang tumbuh secara liar di lereng-lereng bukit. Berry goji juga telah ditanam secara berbaris sejak lebih 500 tahun.
Fakta Pemakanan buah Goji Ningxia
Goji Ningxia mengandungi:
Sumber Rujukan :
1. Dr. Earl Mindell. "Goji Rahsia Kesihatan Himalaya". Momentum Media Health Series 22 - 23.
2. Buku Goji. " Buah Kuno yang berharga. Menjadi keajaiban masa kini". Health Builders Sdn Bhd
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut tentang rangkaian produk Goji, peluang perniagaan dan juga produk-produk lain keluaran Health Builders Sdn Bhd, sila hubungi rangkaian pengedar Geng Goji Kota Damansara atau terus ke talian/sms Mazuhan Ahmad 010-2255749 atau emelkan juhair at goji-guarana.com.
sila rujuk http://www.goji-guarana-sburhan8amn.com utk Komplikasi Sementara Pengambilan GOJI serta keputsan terbaru makmal yg dihantar sendiri oleh pengguna bertarikh 17 April 2009. Semoga ianya dapat menjawab persoalan tn/pn
Thanks
Burhanuddin Saidin
016-6596011
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
azira katakan,
April 21, 2009 @ 3:29 pmAsm,
Kesan sampingan viagra dilihat sama juga dgn simtom goji guarana - muntah,sakit kepala dan belakang tengkok, berdebar dll. Juga kesan hanya makan sepeket goji sj cukup memberangsangkan alat kelamain!! Perlu berhati2 kalau viagra dicampur bersama2. Tunggu keputusan makmal..