Berita TV3 jam 8 mlm pada 14 April 2009 melaporkan bahawa kilang yang menghasilkan campuran Goji Guarana dan Goji Extra telah diserbu kerana disyaki mengandungi sejenis dadah Sildenafil iaitu sejenis dadah yg digunakan dalam Viagra yg mesti mendapat kelulusan doktor bertauliah sebelum dimakan. Saya juga terperanjat dengan berita tersebut dan kenalah tunggu siasatan lanjutan kerana sebelum ini ada pengesahan dpd makmal bertauliah yang goji guarana dan goji extra health builders adalah bebas daripada dadah yg didakwa. Malahan terdapat juga pihak ketiga yang telah membuat ujian kimia secara persendirian mendapati kandungan produk tersebut adalah BEBAS dari dadah-dadah yang terlarang.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan keselamatan, dan sehingga siasatan dan butiran sebenar diperolehi, kita hendaklah JANGAN meminum atau menjual GOJI GUARANA DAN GOJI EXTRA. Saya difahamkan produk-produk Health Builders Sdn. Bhd yang lainĀ seperti Goji Soya, Goji Kopi, Herbeunine Capsule, Rooibos Tea, Ecummia Tea dan lain-lain adalah tidak terlibat dgn dakwaan tersebut.
Sekiranya siasatan menunjukkan Goji Guarana dan Goji Extra dicampur denagn dadah yg dimaksudkan, pihak Health Builders hendaklah dan wajib bertanggungjawab kerana telah bertindak mencampurkan dadah ke dalam Goji Guarana dan Goji Extra supaya ianya cepat berkesan dan laris dijual. Perkara ini sangat-sangat serius dan mengecewakan kpd semua ahli pengedar serta pengamal goji guarana dan goji extra.
Atau mungkinkah produk ini telah disabotaj oleh pesaing??
Untuk mendapatkan penerangan yang lebih lanjut tentang rangkaian produk Goji, peluang perniagaan dan juga produk-produk lain keluaran Health Builders Sdn Bhd, sila hubungi rangkaian pengedar Geng Goji Kota Damansara atau terus ke talian/sms Mazuhan Ahmad 010-2255749 atau emelkan juhair at goji-guarana.com.
aku pon tgk berita mlm tadi..terkejut tgk plastik tu dh tau goji guarana…perghh..biar betull..keciwa ah cm ni
harap goji guarana tidak mengandungi barang terlarang…sebagai pengedar kita mesti perihatin terhadap pelangan kita…ramai memuji keberkesan produck ini…jgn kita hilangkan kepercayaan org terhadap produck ini…
Saya juga berharap begitu, goji guarana bebas daripada tuduhan tersebut. Namun utk lebih meyakinkan pengguna, Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia patut ada pada kotak mahupun paket Goji Guarana tersebut.
mcm mana dengan berita goji guarana tu da settle ka
sya mmg t’kejut tgk berita tv3,stok byk g dah minum sbln lebih xde rasa apa2, hubby kata dia rasa darah lancar sbb every morning bangun tiang pun sama klu biasanya x le cam2.Dgr berita tu mmg takut ooo, yelah x pasal jantung b’henti psl goji grna ni kacau la.Sya minum goji grna ni belum dpt lgi kesan apa2, tahlah nak kata dalaman kewanitaan semakin hebat..x jg sebab hubby kata cambiasa ja!
Pn Marsila : Kita tunggu hasil siasatan sehari dua lagi dan harap bersabar. Untuk produk dalaman kewanitaan, boleh cuba Herbeunine Capsule.
Saya baru hendak mencuba produk tuan tetapi apabila dimaklumkan sedemikian rupa, berasa takut dan was-was pula,maklumlah melibatkan kesihatan tubuh badan dan tidak mahu mengambil risiko. Harap-harap dipercepatkan siasatan tuu
Nik : Penafian dari Health Builders Sdn Bhd boleh dirujuk akhbar Sinar Harian dan Metro 21 April 2009.
Sy dah tengok kedua-dua suratkhabar tu tapi pengguna baru masih takut-takut nak minum sbb penjelasan tu dari pihak Health & Builders dah tentu dia confirm produk dia bagus kalau tidak tutup company la kan. Sy cadangankan supaya mohon pihak yang merampas buat pengakuan bahawa produk tu sememangnya bebas dari dadah atau bahan bahaya untuk membersihkan nama baik Health & Builders. Ramai pengguna tak berapa yakin dengan kenyataan itu saja jika tidak dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri kerana ini produk kesihatan yang akan beri impak pada tubuh badan kita. Makan masa tapi pasti ianya lebih menyakinkan pengguna terutamanya dengan kelulusan KKM dan Goji Guarana akan kembali untuk permintaan yang tinggi memperbaiki masalah kesihatan.
Saya telah cuba sebanyak 23packet = 23 hari berturut2
Meman kesan yang pantas dapat dirasakan.
Sekarang telah 2 minggu saya tidak minum kerana dah habis.Saya dapat rasakan sakit badan yang luar biasa dan mula mencurigai Goji gurana adalah kesan darinya.
Saya juga berasa pelik dengan impak setelah meminum setiap malam dan tak sedap hati dengan perkembangan ini.
Mungkin ada diantara mereka yang merasakan benda yang sama separti saya………
Tolong advise………
ya! saya setuju sekali dgn apa yang diperkatakan shil .
“Ramai pengguna tak berapa yakin dengan kenyataan itu saja jika tidak dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri kerana ini produk kesihatan yang akan beri impak pada tubuh badan kita. Makan masa tapi pasti ianya lebih menyakinkan pengguna terutamanya dengan kelulusan KKM dan Goji Guarana akan kembali untuk permintaan yang tinggi memperbaiki masalah kesihatan.”
Kalau boleh, KKM sendiri yang membuat statement atau pengakuan bahawa produk Goji daripada Health Builders ini bebas daripada dakwaan tersebut. Sama ada melalui berita tv3 mahupun akhbar. Ini lebih meyakinkan rasa nya..
Pada pendapat saya, setelah siasatan oleh KKM selesai, bukan menjadi tanggungjawab KKM untuk menbuat kenyaataan produk tersebut selamat atau tidak. KKM hanya bertindak sebagai pemantau sahaja.
Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk memberi penerangan dan pembetulan melalui media spt tv, cetak dan internet supaya dapat meyakinkan kembali kepercayaan pengguna terhadap produk-produk mereka khususnya Goji Guarana dan Goji Guarana Extra.
Namum yang pasti saya sendiri tidak pernah ragu-ragu terhadap produk ini kerana bagi saya sudah banyak ujian makmal dilakukan dan terbukti ia adalah bebas dari dadah-dadah yang terlarang.
Laa…i ni baru nak start buat bussines GOJI….
takut pulak lah dgn comment2 mcm ini….hope kementrian will luluskan produck ini kalau baik…!!!
Kalau company ini gunakan bahan2 merbahaya… then the dir.. have to answer for this….
Hari ini sudah 29 April 2009. Takkan masih belum ada keputusannya? Diharapkan, pihak Health Builders bertindak pantas jangan sampai semua pelanggan cabut lari dan hilang kepercayaan terhadap produk Goji…!
x kisah lah haram kah, x haram kah janji product ni bleh buat duit lagi pun klu sya yang haram tu lagi bagus bleh jual di black market… terima kasih banyak2 juga pada syarikat ni,
bagi peluang sy buat duit ….ada org ckp kat black market …
byk kegunaannya …hanya orng yang tahu saja dapat menikmati kehebatan goji ..
dari segi haram itu hanyalah dari segi definisi oleh KKM. Klau betullah produk ini merbahaya, dah ramai orang makan goji dah mampus dkt M’sia ni. Cuma ia haram dari segi hukum di Malaysia. Ibarat macam kawin di Thailand, sah di Thailand tapi tak sah dari segi perundangan Malaysia.
kkm jgnlah lambat sangat buat keputusan. produk tngh laku ni….. boleh kata boleh, tak boleh sila war-warkan.
baru nak cuba produk ni… tapi apa penjelasan pihak yang bertanggungjawab untuk keselamatan pengguna baru…
sy setuju dgn Anak Pin, bila x mnm gg badan rasa lemah, bila mnm rasa cergas sepanjang hari, sy dah mnm gg ni dah hampir 2 bln,apa komen en mazuhan.sy nak tahu juga klu wanita dtg bln (haid) boleh ke terus mnm gg ni sbb dlm bln kedua sy mnm gg ni darah haid keluar berketul-ketul dan sakit seluruh punggung dan ari-ari melebihi 3 hari mcm baru beranak pulak rasanya,apakah ianya kesan ke atas hormon,tidakkah ianya membahayakan.Bln pertama sy x de masalah pun darah kotor byk tapi x berketul-ketul dan x rasa sakit sgt.sy x de masalah senggugut cuma masalah keputihan yg normal.sy nak tahu jg melalui pengalaman dan pengetahuan en mazuhan sbg pengguna gg dan pengedar gg
Shil : Wanita megandung, datang haid dan kanak-kanak sama sekali tidak boleh mengambil Goji Guarana
Sehingga 21Mei 2009 ni apa perkembangan terkini tentang kesan sampingan Goji? Saya baru beli 2 kotak, baru minum 3 peket so masih tunggu jawapan dari pihak berwajib mengenai status pengambilan goji.TQ
Kundur : Setakat ini tiada perkembangan terbaru .. harap maklum.
Bila saya dan isteri mula makan gogi dua minggu lepas badan kami sakit 3-4 hari , tak paham apa pasal sakit pula , hari ke 5 baru ok , bertenaga memang ada , takut takut ada drug benda ni. mulai malam ni saya stop dulu bila baca info ini
Macam tunggu buah tak jatuh je!!!
Sampai bila nak selesai agaknya???
madir katakan,
April 15, 2009 @ 2:32 pmguana kito nih. kena jual char koew teow nih.